Sabtu, Oktober 24, 2009

Heryani Vedzuin & Nasrullah melangsungkan pernikahan...






Tanggal 24 Oktober 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430H, satu majlis makan telah diadakan di Kampung Kepayan, Pekan Kuala Penyu sempena majlis perkahwinan Heryani Vedzuin bte Awang Omar dengan pasangannya Nasrullah bin Arifuddin. Sehari sebelum itu pada 23 Oktober, majlis mengalupis dan berinai telah diadakan di Rumah Pengantin Perempuan.
Kami gi Kuala Penyu hari ini mau tengok itu Majlis Perkahwinan, staf SPAN. Saya, isteri, fifi, didi dan daus.
Pagi-pagi lagi, lebih kurang jam 8.30 pagi kami bertolak dari Kota kinabalu, kemudian berhenti sebentar untuk sarapan pagi di Restoran Mustika di Putatan.
Banyak juga dimakan, didi dan daus makan nasi ayam, fifi makan kuih, dan isteri dan saya makan sotolah. Sedap bah. Selesai berserapan, kami meneruskan perjalanan jam 930 pagi, kami drive laju juga lah, boleh sampai 140km sejam. Lebih kurang 10.55 pagi, kami sampai di Pekan Kuala Penyu. Jauh jugalah lebih kurang 130km dari rumah di KK.
Tepat jam 12 tgh kami balik kk dan berhenti sebentar untuk solat zohor di Masjid Pekan, Kuala Penyu.
Lepas itu, kami balik dan singgahlah di Pekan Beaufort. Di sana, kami beli daging buat olih-olih. Dalam perjalanan kami balik, kami singgahlah makan durian dan buah rambutan, jualan pak om dan pasangannya.
Pendek cerita sampai Penampang kami singgah lagi untuk beli kayu dan ikut laluan Bukit Padang. Sampai Inanam gam-gam jam 412pm.
Kira punya kira, wow jauh juga kami berjalan hari ini. Lebih kurang 297 km bah.
video

0 ulasan: