Ahad, November 08, 2009

Di majlis makan malam sempena sambutan OSCA








SATU majlis makan malam ke-17 anjuran Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (Ex-Sabah Collegians Association (OSCA) telah diadakan pada 6 November 2009, Jam 7.30 malam, bertempat di Grand Ballroom, Pacific Sutera, Sembulan, Kota Kinabalu.

Turut hadir di Majlis itu ialah Y.A.B Datuk Seri Hj Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah. Ketibaan beliau di majlis itu telah disambut oleh barisan kepimpinan OSCA yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Abdul Ghani Hj Abd Rashid JP, selaku Presiden OSCA. Barisan kepimpinan OSCA pada ketika ini ialah:
  1. Presiden Datuk Hj Abd Ghani Hj Abdul Rashid JP
  2. Naib Presiden Hj Malaya Hj Sibuku ASDK
  3. Setiausaha Datin Dgku Zeliha Hj Pg Jalaluddin BSK
  4. Penolong Setiausaha Hj Kasim Slleh JP
  5. Bendahari Omar Abdul Kadir
  6. AJK Ahmadshah H.Tambakau
  7. AJK Hj A.Manap A.Rahman
  8. AJK Jews Sinau
  9. AJK Agnes Vun
  10. AJK KAN Saniban Amphila
  11. AJK Paulan Ansin
  12. Juru Audit Joshua Kong
  13. Uruestia Ono Boni ADK

Untuk memeriakan lagi majlis OSCA, pelbagai program hiburan telah dirancang dan dipersembahan pada malam itu. Antaranya yang menarik perhatian ramai ialah Y.A.B Datuk Seri Hj Musa telah menyumbangkan dua lagu berentak Joget dan Sumazau. Sebagai penglibatan semua, tarian poco-poco juga ditarikan pada malam itu.

Sempena sambutan majlis itu, Yeo Boon Hai dan isteri beliau telah mengundang kami ke majlis tersebut. Lewat jam 12 malam baru balik.

0 ulasan: